SELAMAT DATANG KE SIBU, SARAWAK

SELAMAT DATANG KE SIBU, SARAWAK
LAMBANG BANDAR SIBU

Ahad, 9 Mei 2010

BANDAR BARU SIBU JAYA.

Gambar di ambil dari  http://i480.photobucket.com/albums/rr170/valths/SibuJayaTown.jpg

PEMANDANGAN BANDAR BARU SIBU JAYA
(PENERIMA ANUGERAH "Judges Merit in Planning Excellence Award" PERINGKAT KEBANGSAAN DARIPADA INSTITUSI PEMBANGUNAN NEGARA PADA APRIL 2008) 

Sibu Jaya terletak kira-kira 25 kilometer dari bandar Sibu. Sibu Jaya merupakan sebuah bandar baru yang seharusnya dikunjungi oleh penduduk tempatan mahupun luar negeri. Bandar Sibu Jaya ini merupakan hasil usaha sama Perbadanan Pembangunan Perumahan dan AMCORPGroup dari tahun 1995 lagi. Selain itu, Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) juga sedikit sebanyak membangunkan Sibu jaya sejak 15 tahun yang lalu. Hasilnya, Pembangunan Sibu Jaya menampakkan hasilnya setelah berubah menjadi bandar baru dan bandar elit yang tidak asing di negara kita.

  Sibu jaya kini akan menjadi bandar maju sepenuhnya dalam masa 10-15 tahun dengan peruntukkan RM 1 Billion. Dalam menjayakan usaha itu, Badan bertanggungjawab menawarkan pembangunan perumahan dari kediamah rumah kos tinggi, kos sederhana, kos rendah, bangunan perindustrian dan komersil.

  Walaupun jauh dari Pusat Bandar, ini tidak menghalang kebanjiran penduduk yang berbilang kaum terdiri dari Melayu, Iban, Cina dan Orang Ulu sama ada yang datang dari dalam dan luar bandar Sibu sejajar dengan gagasan 1Malaysia yang Diilham Perdana Menteri Kita Datuk Seri Najib tun Razak.

  Terletak hanya 2 minit perjalanan dari Lapangsn terbang Sibu, Sibu jaya merupakan Destinasi persinggahan yang ideal untuk pelancong dari dalam dan luar negeri. Selain Bangunan-bangunan komersial dan industri, kawasan perumahan serta kemudahan-kemudahan disediakan, terdapat tarikan yang unik di Sibu Jaya seperti pelbagai Jualan Bahan Mentah sayur sayuran, barang-barang dapur, kuih muih dan lauk pauk. Selain itu, barangan-barangan runcit Di sini lebih murah dari beberapa supermarket di bandar Sibu.

  Sibu Jaya juga menjadi salah satu tarikan kerana sering mengadakan aktiviti-aktivit masyarakat sekaligus menarik minat penduduk dan merancakkan lagi bkesepaduan penduduk disini. Baru-baru ini juga, Sibu jaya dipilih sebagai Pusat Penganjuran Program Bersepadu, Sepakat dan Bestari yang menghimpunkan lebih 20 Komuniti Bestari di Wilayah Tengah Sarawak.

Program tersebut berjaya menaikkan lagi semangat perpaduan dan patriotisme Penduduk Sibu Jaya Khususnya selain dapat mengeratkan tali sillaturahim. Pelbagai program seperti, Sukaneka,Pertunjukan, Pameran,gerai gerai jualan serta pelbagai pertandingan diadakan ketika program tersebut. Pesta Sibu jaya pula akan diadakan tidak lama lagi menunjukkan Sibu Jaya tidak putus-putus dengan aktiviti sihat demi untuk pembangunan yang kukuh.

Bilangan penduduk Di Sibu jaya ini yang mencecah lebih 3 ribu orang, dibuktikan dengan jumlah petempatan dan bangunan industri seperti berikut

320 unit bangunan flat (3 bilik)
320 unit bangunan flat (2 bilik)
1440 rumah kedai dan 720 unit rumah 2 tingkat
124 unit rumah teres fasa 1- habis dlm masa 3 bulan
132 unit rumah teres fasa 2- dalam proses. Harga dari RM86 ribu hingga RM128 ribu
Taman crystal- rumah teres moden dengan hargwa RM 168 ribu dan RM 228 ribu untuk 2 tingkat

0 ulasan:

Selamat Datang Ke Sibu