SELAMAT DATANG KE SIBU, SARAWAK

SELAMAT DATANG KE SIBU, SARAWAK
LAMBANG BANDAR SIBU

Ahad, 9 Mei 2010

Nama Kumpulan - KB Sibu Jaya

NAMA NAMA AHLI KB SIBU JAYA


Mohd Saiful Ismail
Ismail Let
Puspa shariee

BANDAR BARU SIBU JAYA.

Gambar di ambil dari  http://i480.photobucket.com/albums/rr170/valths/SibuJayaTown.jpg

PEMANDANGAN BANDAR BARU SIBU JAYA
(PENERIMA ANUGERAH "Judges Merit in Planning Excellence Award" PERINGKAT KEBANGSAAN DARIPADA INSTITUSI PEMBANGUNAN NEGARA PADA APRIL 2008) 

Sibu Jaya terletak kira-kira 25 kilometer dari bandar Sibu. Sibu Jaya merupakan sebuah bandar baru yang seharusnya dikunjungi oleh penduduk tempatan mahupun luar negeri. Bandar Sibu Jaya ini merupakan hasil usaha sama Perbadanan Pembangunan Perumahan dan AMCORPGroup dari tahun 1995 lagi. Selain itu, Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) juga sedikit sebanyak membangunkan Sibu jaya sejak 15 tahun yang lalu. Hasilnya, Pembangunan Sibu Jaya menampakkan hasilnya setelah berubah menjadi bandar baru dan bandar elit yang tidak asing di negara kita.

  Sibu jaya kini akan menjadi bandar maju sepenuhnya dalam masa 10-15 tahun dengan peruntukkan RM 1 Billion. Dalam menjayakan usaha itu, Badan bertanggungjawab menawarkan pembangunan perumahan dari kediamah rumah kos tinggi, kos sederhana, kos rendah, bangunan perindustrian dan komersil.

  Walaupun jauh dari Pusat Bandar, ini tidak menghalang kebanjiran penduduk yang berbilang kaum terdiri dari Melayu, Iban, Cina dan Orang Ulu sama ada yang datang dari dalam dan luar bandar Sibu sejajar dengan gagasan 1Malaysia yang Diilham Perdana Menteri Kita Datuk Seri Najib tun Razak.

  Terletak hanya 2 minit perjalanan dari Lapangsn terbang Sibu, Sibu jaya merupakan Destinasi persinggahan yang ideal untuk pelancong dari dalam dan luar negeri. Selain Bangunan-bangunan komersial dan industri, kawasan perumahan serta kemudahan-kemudahan disediakan, terdapat tarikan yang unik di Sibu Jaya seperti pelbagai Jualan Bahan Mentah sayur sayuran, barang-barang dapur, kuih muih dan lauk pauk. Selain itu, barangan-barangan runcit Di sini lebih murah dari beberapa supermarket di bandar Sibu.

  Sibu Jaya juga menjadi salah satu tarikan kerana sering mengadakan aktiviti-aktivit masyarakat sekaligus menarik minat penduduk dan merancakkan lagi bkesepaduan penduduk disini. Baru-baru ini juga, Sibu jaya dipilih sebagai Pusat Penganjuran Program Bersepadu, Sepakat dan Bestari yang menghimpunkan lebih 20 Komuniti Bestari di Wilayah Tengah Sarawak.

Program tersebut berjaya menaikkan lagi semangat perpaduan dan patriotisme Penduduk Sibu Jaya Khususnya selain dapat mengeratkan tali sillaturahim. Pelbagai program seperti, Sukaneka,Pertunjukan, Pameran,gerai gerai jualan serta pelbagai pertandingan diadakan ketika program tersebut. Pesta Sibu jaya pula akan diadakan tidak lama lagi menunjukkan Sibu Jaya tidak putus-putus dengan aktiviti sihat demi untuk pembangunan yang kukuh.

Bilangan penduduk Di Sibu jaya ini yang mencecah lebih 3 ribu orang, dibuktikan dengan jumlah petempatan dan bangunan industri seperti berikut

320 unit bangunan flat (3 bilik)
320 unit bangunan flat (2 bilik)
1440 rumah kedai dan 720 unit rumah 2 tingkat
124 unit rumah teres fasa 1- habis dlm masa 3 bulan
132 unit rumah teres fasa 2- dalam proses. Harga dari RM86 ribu hingga RM128 ribu
Taman crystal- rumah teres moden dengan hargwa RM 168 ribu dan RM 228 ribu untuk 2 tingkat

Program Bersepadu, Sepakat dan Bestari 16,17,18 APRIL 2010

ANTARA PENGUNJUNG DAN KOMUNITI BESTARI YANG HADIR


SALAH SATU PERSEMBAHAN DARI K-BESTARI YANG BERTANDING


PERSEMBAHAN POCO-POCO DARI K-BESTARI SIBU JAYA



POSE ISTIMEWA DARI WAKIL K-BESTARI SIBU JAYA


TETAMU KEHORMAT YANG HADIR MELAWAT BOOTH BELIA DAN SUKAN


SUASANA GERAI-GERAI K-BESTARI


PELBAGAI ACARA YANG DILANGSUNGKAN

ANTARA PENIAGA GERAI PROGRAM TERSEBUT (MOHD SAIFUL, HJH TIMAH)


POSE DARI GERAI KBSIBUJAYA


PERTANDINGAN ANTARA K-BESTARI


PERSEMBAHAN DARI KB SIBU JAYA

ANTARA TEMPAT YANG HARUS DIKUNJUNGI DI SIBU JAYA



GERAI-GERAI MAKANAN TERDAPAT DI SIBU JAYA


PELBAGAI JENIS SAYUR-SAYURAN TERDAPAT DISINI

ANEKA PILIHAN SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN YANG TIDAK TERDAPAT DI SEMANJUNG MALAYSIA


ANTARA GERAI-GERAI KUIH MUIH
                            

                           
PASAR BASAH SIBU JAYA


ANTARA KEDAI MAKANAN TERDAPAT DI SINI



      
CONTOH-CONTOH KRAFTANGAN

   
    
PELBAGAI PILIHAN KRAFTANGAN

    
   PUSAT MEMBELI BELAH BEST SMART


        
PUSAT MEMBELI BELAH KIM HOCK


BLOK BANGUNAN KFC YANG AKAN SIAP DLM TAHUN INI

Kemudahan- kemudahan yang terdapat di Sibu jaya





BALAI POLIS SIBU JAYA



KOMPLEKS BALAI POLIS SIBU JAYA



AM BANK CAWANGAN SIBU JAYA



PEJABAT POS SIBU JAYA



KLINIK KESIHATAN SIBU JAYA



KAMPUS UNIVERSITI UTARA MALAYSIA



SEKOLAH RENDAH SIBU JAYA



SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIBU JAYA





SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN CINA SIBU JAYA



TADIKA HARMONI




MASJID DARUL HUSNA



DEWAN SERBAGUNA SRDC



PERPUSTAKAAN UMUM SIBU JAYA



TANDAS AWAM



STESEN MINYAK PETRONAS



TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK


Isnin, 3 Mei 2010

Peta Bandar Sibu

Peta Bandar Sibu

Gambar diambil dari http://travel.110mb.com/map%20file/sibu.jpg

Bandar Sibu


Pemandangan Bandar Sibu dari atas

gambar diambil dari http://i480.photobucket.com/albums/rr170/valths/Sibu2005.jpg

Sibu merupakan salah satu bandar dan bahagian di Sarawak. Ia terletak di pertemuan Sungai Rajang dengan Sungai Igan, kira-kira 60km dari laut. Kebanyakan penduduknya berbangsa Cina Foo Chow dan Iban dari batang Rajang.


Terdapat juga penduduk Bumiputra lain seperti kaum Melanau dan Melayu. Daya tarikan Sibu ialah keramahan penduduk di sini. Sibu mendapat nama daripada buah rambutan liar yang dikenali sebagai "Sibau" dalam bahasa Iban oleh penduduk tempatan.
Sejarah moden Sibu bermula pada pertengahan abad ke 19 apabila Lembah Rejang ini dijadikan Bahagian ketiga, Sarawak pada tahun 1861. Sibu pada mulanya menerima kedatangan imigran Cina yang dibawa oleh Rajah Kedua untuk menanam padi.


Walau bagaimanapun, penanaman padi tidak sesuai untuk Lembah Rejang dan ditukar kepada penanaman getah dan lada. Dari segi pentadbiran, Bahagian Sibu telah dibahagikan kepada 3 daerah iaitu Daerah Sibu, Daerah Kanowit dan Daerah Selangau.

Sabtu, 1 Mei 2010

Buah tangan/ cenderamata sibu

pasu sarawak
gambar diambil dari pesonabatik.com/blog/pasu-sarawa...7/08/06/.html

kemudahan Infrastruktur Di Sibu

Pasar Central Sibu
Gambar Diambil dari www.sixthseal.com/2004/08/


Terminal Bot Ekspress Sibu
gambar diambil dari visitasiaguide.com/visit-malaysi...jang.html


Terminal Bas Ekspress Sibu
gambar diambil dari borneotip.blogspot.com/2008/10/s...nce.html



Pusat membeli belah Parkson Wisma Sanyan



Pusat Membeli belah Delta Mall Sibu
gambar diambil dari stevelinglt.blogspot.com/2008/02...all.html



Pusat membeli belah Sing Kwong Sibu
gambar diambil dari tongnyat.blogspot.com/2008_09_01...ive.html

Selamat Datang Ke Sibu